Tuesday, July 21, 2009

Israk Mikraj (bulan Rejab) Penguat Iman


“Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA).

Pada hari rabu 24.6.2009 (1 Rejab) yang lalu, kita memasuki bulan Rejab yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Sunday, July 19, 2009

tazkirah

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah
kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan
Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah
maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan
anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat
keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta
menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa,
maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari
dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi
ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T.,
maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa
berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
KISAH KUCING TAK KENANG JASA. MANUSIA?
Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu hakim
itu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu
lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benarbenar
sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.
Hakim tersebut barkata, "Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita daripada kecil
dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali
durhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah
tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyiksa
dan memukul kita."
Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?
ANAK-ANAK ZAMAN INI
Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat, masyhur, kaya, tidak memerlukan teguran dan diri
menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini.
Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyipenyanyi
dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentukbentuk
ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:
1. Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
2. Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
3. Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
4. Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
5. Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
6. Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
7. Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa
berkeadaan tidak suci.
8. Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk
menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut.
9. Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk
menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan Tuhan.
10. Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
11. Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk
membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
12. Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan
jenis tanpa rasa segan silu .
WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN
ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU
AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA
AMANAH ALLAH TERSEBUT.
Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut
kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.
Valentine's Day: Kehadiran Mu Tidak Diundang
Kenapa Masih Menyambut Hari Valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat? Atau hanya
ikutan semata-mata. Ataupun, adakah hari-hari kebesaran yang dianugerahkan oleh Allah SWT tidak
mencukupi?
Kita perlu memahami sejarah dan tujuan perayaan tersebut sebelum melibatkan diri ke dalam sesuatu yang
mungkin bertentangan dengan Islam. Kita jangan mudah terpedaya dengan promosi-promosi dalam
mediamasa slogan-slogan dari Barat mengaburi pemikiran kita. Firman Allah, “Dan janganlah kamu
mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,
semuanya akan diminta pertangggungjawabnya” (Al Isra' : 36).
Sejarah valentine adalah panjang. Antara ceritanya, secara ringkas, ia bermula dari golongan yang
menyembah berhala, iaitu orang-orang Romawi, yang merayakan acara untuk memperingati suatu hari
besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia.
Setelah penyebaran agama Kristian, para ahli gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap
perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius (Pope Gelasius) menggantikan
peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci
dengan memindahkan harinya kepada 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian
yang dihukum mati pada tanggal tersebut.
Islam adalah 'cara hidup' yang khusus dan unik bagi semua umat manusia. Sebagai umat yang memiliki
peraturan hidup yang unik dan berbeza dari sistem manapun, kita perlu berdiri atas agama kita yang satu
ini tanpa meniru ajaran umat yang lain. Sabda Rasulullah saw. "Tidak termasuk golongan ku orang-orang
yang menyerupai selain dari golongan umatku (umat Islam)" HR Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari
ayahnya dari datuknya. Sabda Rasulullah SAW lagi, "Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan
Nasrani." HR Tirmidzi.
Kesimpulannya Ucapan dan sambutan Valentine Day tidak sepatut dilakukan oleh seorang Islam dan ia
bukan hari kebesaran umat Islam.
Jenis Racun dan 5 Penawarnya;
Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Cermin diri
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian.
Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah
keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan
penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong
percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika
ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tandatanda
kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang
yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia
normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan
lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan
ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan
peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
4 macam manusia
Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :
Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu,
yang boleh dijadikan pemimpin.
Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu
dibangunkan.
Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya
menjadi cerdas.
Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.
TINGGALKAN LIMA PERKARA
Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang
yang bijaksana.
Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
Tingggalkan melihat cacat (aib) orang lain, nescayaa anda akan lebih mengenal cacat sendiri.
Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari
keraguan-keraguan dan kemunafikan.